Wednesday, July 4
new chapter . new 'me' .
الحمد لله ثم الحمد لله ,
Syukur aku ucapkan kepadaNya . .
Kerana pada hari ini , kita, aku sendiri masih berpeluang merasai malam Nisfu Sya'ban ini . .
Semoga kita semua semakin bersemangat untuk terus memperbaiki diri dan i.Allah komited di jalan ini . .
Malam ini i.Allah, bermulanya the new chapter of our life . again .
Semoga amalan kita pada kali ini lebih baik dari yang sebelumnya . .
Honestly, ketika sujud tadi, aku terkenang akan dosa-dosa dan kesilapanku yang telah ku lakukan selama ini . .
Ya Allah ! Hanya Tuhan yang tahu betapa aku ingin kembali seperti keadaanku ketika aku baru hadir didunia ini .
Ingin sekali aku ulangi setiap langkah ku dengan penuh hati-hati . Tapi siapa kita ? Kita manusia yang tak kan terlepas dari kesilapan. Sedarlah ! Bangun !
Ya ! Mungkin kita cuma manusia biasa tak sehebat baginda. Tapi, ingatlah Allah swt itu Maha Pengampun. Walau seluas lautan sekalipun dosa kita, jika kita ikhlas dan betul-betul bertaubat, i.Allah, dosa kita itu diampunkanNya. Bukan aku yang pandai-pandai mengatakannya . Tapi ini janjiNya. Janji yang terbaik, yang takkan dimungkiri seperti janji-janji manusia.
Indahkan ? cantikkan ? Hebatkan ?
Siapa ?
Dia. Ya ! Dia ! Allah swt !!
Aku percaya, bukan hanya aku yang rasa begini. Ramai. Ya, ramai ! Tapi, hadirkah kalian semua dalam solat kalian ? Bagaimana mungkin kalian mahu Dia mengampunkan dosa-dosa kalian tanpa sedikit usaha daripada kalian sendiri ?
Kita mahu begitu, mahu begini . Tapi, layakkah kita ?
#
Kali ini, saat ini, biarlah segalanya bermula kembali, tidak mengapa andai terjatuh . . .
Bangun ! dan terus bangun !
Selagi masih belum terlewat, selagi pintu taubat masih terbuka, ayuhlah ! marilah !
We don't live in this world to please anyone. We want to please Him, Allah swt only.
Biar orang kata kita sibuk mengejar akhirat, Ya ! Memang kita mngejar akhirat kerana kita tahu akhirat itu pasti !
Biar orang kata kita tak cantik menutup aurat, Ya ! Memang tak cantik dimata mereka tapi cantik dimata Allah swt.
Biar orang kata kita ini tak sosial, Ya ! Memang kita tak sosial kerana Allah swt telah menggariskan panduan dan undang-undangNya.
Biar orang nak kata apa. Kita ada DIA ! !
Hari ini, aku juga perlu tetapkan hatiku,
PRIORITY aku apa ? ------> DIA !!!
Aku mungkin lambat di jalan ini. Mungkin aku tampaknya main-main kan ?
Biar apa orang nak kata. Aku ada DIA. Hanya Dia yang tahu betapa hati ini sakit tatkala aku 'main-main' terasa bagai menzalimi diri sendiri.
Let them say whatever they like , they'll get tired one day . Then, they'll shut up :)
Sabar. Sabar. Usaha dan usaha. Komited dan komited. Cuba dan terus mencuba.
I.Allah :)
1 loner (s)

