Saturday, June 30
KOSONG
Ya Tuhan. apa yang telah ku lakukan selama aku bernafas di dunia Mu ini ?
Saat ini, hatiku terasa
Mungkinkah Kau sedang menarik kembali hidayahMu?
JANGAN ya Allah. JANGAN !
Aku ini tiada apa-apa. Tiada kekuatan selain kekuatan dariMu. Tiada ketabahan tanpa ketabahanMu. Tiada aku tanpaMu.
Aku KOSONG.
Sungguh mata ini kabur ditenggelami air. Tak tahu bagaimana lagi harus aku gambarkan perasaan aku tika ini. Kerna, aku tak pasti. Hanya Kau yang mengetahui segalanya. Keringkan air mata ini ya Allah.
Aku tak mahu air mata ini mengalir tanpa erti. Biarlah ia mengalir kerna kasihnya aku padaMu. Sungguh, aku ini Islam tapi. . .
Islam kah tingkah-laku ku saban hari ?
Islam kah aku dimataMu ?
Betapa aku mahu ada baginda disisi.
Mungkin aku tak kan begini tanpanya.
Aku percaya pada dia. Aku percaya padaMu. Tapi bagi aku itu masih belum cukup. Aku ini, ingin mencintai Kau dan dia dengah sepenuhnya melebihi segalanya. Aku cuba. Tapi aku masih tidak mengerti. Apakah aku sudah berjaya? Bagaimana harus aku menilainya ?
Tanya pada siapa? Aku kah ? Aku tak tahu. Mereka ? Apakah mereka layak menilai aku selainMu ya Rabb ?
Tiap kali aku sujud kepadaMu dalam solatku, Kau terimakah sujudku ?
Walau aku belajar dan aku punya pengetahuan tentangMu, aku masih mengingkariMu. Mungkin ianya kecil. Tapi ternyata aku masih tidak mencintaiMu kan ?
Nahhh.. itu jawapannya. Maka, aku harus bagaimana ya Tuhan ??
Masa berjalan. Ajalku makin dekat jaraknya. Aku masih begini. Bantulah aku ya Allah.
Walau aku masih mengingkariMu, jangan Kau tarik hidayahMu ini ya Allah. Aku tak kan lagi kuat. Tak kan lagi mampu berdiri.
Kerna... Aku ingin mencintaiMu. Sungguh !
Betapa aku ingin sama seperti mereka yang gagah. Tapi aku lemah. Aku ingin seperti mereka yang tetap berdiri tapi aku tak punya kekuatan.
Hanya Kau yang punya segalanya.
0 loner (s)

