Wednesday, February 8
sakit yang 'GEMBIRA'
Ibn Mas’ud Radhiallahu ‘Anh berkata: Aku menziarahi Rasulullah sewaktu Baginda sakit. Aku mengatakan, “Ya Rasulullah, engkau menghadapi demam yg kuat!” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Demamku adalah dua kali (kuatnya) daripada kamu..” Aku bertanya lagi, “Adakah kerana engkau mendapat dua kali ganjaran?” Jawab Baginda, “Benar.. Tiada seorang Muslim yang ditimpa kesakitan walaupun hanya luka yg disebabkan tertusuk duri melainkan Allah akan menghapuskan dosa2 nya disebabkan kesakitan itu, dan dosanya gugur seperti gugurnya dedaun dari sepohon pokok..”
alhamdulillah, walaupun cikna kurang sihat hari ini, cikna masih berasa gembira kerana ini ujian dariNya. cikna demam hari ni. dugaan jugalah sebab esoknya exam. mana nak baca notes dengan buat past years dengan kepala yang pening dan hidung yang berhingus. haha. okay. abaikan yang last tu ye. jangan bayangkan pula. heeee =)
kenapa cikna gembira walaupun demam macam ni ? tentulah gembira. moga-moga Allah swt menghapuskan dosa-dosa cikna dan gugur seperti dedaunan juga :)
bila dah sakit, dah tentu tak larat nak buat mcam-macam benda kan ? haaa..time ni la lagi kuat kita dengan Allah swt. bila macam ni, sepatutnya kita lebih dekat denganNya. moga-moga akan dipermudahkan segala urusan dan cepat sembuh dari penyakit yang sedang kita alami :)
jangan mengeluh ! no..no..no..
tapi bergembiralah. sesungguhnya, telah disingkirkan beberapa keburukan disisimu ^^
insyaAllah.
0 loner (s)