Wednesday, February 8
oo Allah !

Ohh Allah, have mercy on me ! Forgive me.
menjadi seorang abid dan khalifah di muka bumi ini benar suatu tanggungjawab yang besar yang perlu dipikul oleh semua yang bergelar MUSLIM ! alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya, cikna berpeluang menyertai daurah tempoh hari.
sungguhpun hanya semalaman, hati ini sudah penuh terisi. celik mata. celik juga hati ini. ohh Allah, sayangnya Engkau kepada ku ;(
ampunkan dosaku, kekhilafan yang terbit dari diri ini saban hari benar kerana ceteknya ilmuku terhadap kekuasaanMu. SYAHADATUL HAQ. sungguh aku mengerti betapa besarnya tanggungjawab yang perlu aku pikul dalam menegakkan syiar Islam. Ya Allah, tetapkan kaki ku melangkah dijalan tarbiyyah ini.
sungguhpun pahit dan payah, teguhkan lah hatiku. aku ingin mencintaimu setulus dan seikhlas hatiku. mungkin aku ini masih belum sempurna iman dan amal. tetapi aku ingin berubah. bantulah aku Allah.
buat semua yang diluar sana, jom muhasabah diri sebentar.
mana letaknya Allah swt dimata kita dalam kehidupan seharian ?
sedar tak kita pada tanggungjawab kita? janji terhadapNya yang kita genggam sewaktu lahirnya ke dunia ini?
sedar tak kita betapa sayangnya Rasulullah saw terhadap kita umat yang paling dikasihi oleh baginda?
ohh Allah, ampunkan dosaku.
ayuh semua ! kemaskan iman dihati, ikhlaskan niat dihati, tetapkan kaki berdiri !
- wallahua'lam -
0 loner (s)