Sunday, February 5
iman

dalam tak sedar dah sebulan aku tak ke USRAH. macam ni ke nak claim diri sebagai seorang Muslim ? tak kan dek kerana urusan seharian, yang wajib jadi terbatas. iman. iman ada pasang dan surutnya. tapi, kita perlu menetapkan hati kita. jika niatnya ikhlas, pasti berhasil. begitu juga dengan USRAH, jika aku ikhlaskan niatku untuk berkumpul bersama naqibah dan adik-adik dan sahabat bulatan gembiraku yang lain pasti tidak akan ada sebarang alasan yang boleh membataskan aku.
Ya Allah, tetapkan hatiku di jalan ini Ya Allah. aku ingin berubah. aku ingin mencintaiMu lebih dari segalanya. ingin aku merasa nikmatnya syurgaMu diakhirat nanti. Ya Allah kuatkanlah hatiku.
buat rakan-rakan seperjuangan, aku ingin memohon maaf kerana kekangan masa yang membuatkan aku kekadang lupa untuk 'texting' kalian semua. maafkan aku. hatiku tetap sama. masih lagi di sini menyayangi kalian semua.
sesungguhnya Allah, engkau yang Maha Tahu. berilah aku kekuatan. semoga aku mengambil iktibar dan berusaha maju kehadapan. insha'Allah.
0 loner (s)