Friday, December 16
doa

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) : Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka) ; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) , dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
[ Surah al-Baqarah 2:186 ]
So, Cikna nak pesan . . janganlah kita cepat berputus asa terhadap Allah swt kerana sesungguhnya Dia maha tahu apa yang terbaik buat kita semua :) Sepatutnya kita kena percaya dan berharap tanpa rasa ragu-ragu atas segala permintaan kita dengan penuh rasa yakin doa kita akan diperkenankan oleh-Nya.
Doa kita juga tidaklah selalunya akan terus dimakbulkan. Kita kan dituntut dan diajar bersabar. Jadi janganlah kita rasa sedih andainya permintaan kita itu masih belum ditunaikan kerana semuanya mempunyai sebab musababnya..cuba sahabat-sahabat diluar sana muhasabah diri, mungkin kita ada salahnya dimana-mana. Dan selalu lah ingat, KITA AKAN SELALU DIUJI. kenapa ?? kerana kita orang-orang yang beriman. InsyaAllah.
Doa dan permintaan kita itu mungkin :
1. Allah swt memustajabkan doa dengan segera.
2. Allah swt menangguhkan doa kepada satu waktu yang
lebih sesuai untuk hambaNya.
3. Allah swt membalasnya di akhirat kelak.
Walaupun macam tu, Cikna harap sahabat-sahabat tidaklah berdoa hanya apabila menghadapi kesusahan yaaa..kita juga perlu memilih waktu dan tempat yang sesuai dan mustajab untuk berdoa seperti ketika berpuasa, selepas solat dan di tengah malam..adalah lebih baik jika kita memahami doa yang diucapkan dan ikhlas dari hati..
- wallahualam -
0 loner (s)